Kerjaya sebagai guru bukannya pilihan penulis, ianya berlaku secara tidak langsung. Keadaan semasa di zaman persekolahan menengah awal tahun tujuh puluhan telah banyak mempengaruhi minda penulis. Minat dalam bidang sains bertumbuh hasil kempen kerajaan menerusi media massa iaitu radio. Pelajar Melayu digalakkan menceburi bidang sains seperti pelajar bangsa lain. Penulis tidak ketinggalan, malangnya tenaga pengajarnya terdiri daripada guru bukan Melayu yang tidak fasih berbahasa Melayu. Buku teks untuk rujukan hampir tidak ada, penulis hanya bergantung harap pengajaran guru. Mereka lebih selesa berbahasa Inggeris daripada berbahasa Melayu. Mahu tak mahu tetap terima, walaupun penulis langsung tidak memahaminya. Ini nasib pelajar sekolah menengah aliran kebangsaan yang baru bermula. Hampir 90 peratus guru yang terdapat di sekolah tempat penulis belajar terdiri daripada bukan Melayu.
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »